Wednesday, March 20, 2013

"Jajahan Seks Songsang"

Dunia penuh dimensi, menjalar disegenap ruang yang meliputi naluri hati setiap insan.  kebebasan, keseronokan, dan kejahilan itu merupakan satu perangkap besar buat manusia sekiranya tidak di tuntuni dengan fitrah seorang Hamba kepada Pencipta. Lantas jiwa yang gersang akan diisi dengan semangat hubungan jajahan Seks Songsang, yang nyata di kritik oleh setiap yang beragama.

 Aku, merasa terpangil untuk mengupas isu ini secara bersahaja, tatkala malaysia sekali lagi digemparkan dengan Sentuhan Liwat 3 Ketua Pembangkang Negara Dato Seri Anwar Ibrahim, Namun kesahihan cerita liwat ini tidak kemana, kerana ia gagal dibuktikan kepada mata rakyat yang percaya, Bahawa kes liwat 1,2 dan 3 adalah satu konspirasi BN untuk menjatuhkan Ketua Pembangkang tersebut.  Apapun cerita disebaliknya, akan timbul pelbagai presepsi yang mendidik rakyat untuk mengenali apa itu Jajajahan Seks Songsang LGBT?

Kesan dari keterbukaan kerajaan untuk mewar warkan isu LGBT yang mengaitkan Dato Seri Anwar Ibrahim ini, akhirnya mendidik generasi muda yang mempunyai semangat ingin tahu, untuk mengenali apa itu LGBT. Akhirnya generasi muda ini terperangkap dengan keadaan tersebut sehingga mereka sendiri mudah terjebak sebagai pengamal LGBT.

Pengamal LGBT dinegara Malaysia hari ini, sudah berani mencabar perlembagaan negara untuk golongan mereka ini diiktiraf dalam perundangan Malaysia. perkara ini amat merisaukan rakyat, tatkala Pengamal LGBT hari ini lantang bersuara, Kerajaan pula bermain api dengan isu fitnah Liwat yang sedikit sebanyak akan membuka ruang golongan LGBT ini berkembang dalam Negara.
Maka, konklusi mudah, adalah untuk kerajaan bermain bersih dengan isu ini, tanpa perlu mndedahakan video adegan seks itu kepada raqkyat, kerana bahananya amat memberi kesan yang dalam terhadap permasalahan LGBT dinegara kita.
saya kongsikan anda dengan pandanagan ulama tersohor dunia mengenai isu LGBT ini.
Yusof al-Qardhawi di dalam fatwanya mengenai LGBT cukup jelas. Beliau mahu kita semua umat Islam menentang habis-habisan termasuk menggunakan kekuatan terhadap mereka yang menyokong dan mengamalkan LGBT kerana perbuatan ini bertentangan dengan perintah Allah dan Rasul-Nya.
”Mesej yang mahu disampaikan oleh ulama tersohor ini, umat Islam wajib menentang kemungkaran dan kita tidak boleh berkompromi dalam soal melibatkan perbuatan-perbuatan maksiat. Amalan-amalan seumpama ini wajib ditentang hingga ke titisan terakhir,” 


1 comment: