Wednesday, March 20, 2013

547 Bilion Ringgit," Semakin kuat Mengigit"


Hakikatnya, Hutang merupakan satu liabiliti besar kepada setiap manusia, begitu juga kepada negara, kerna hutang mampu menyebabkan masalah ekonomi kepada sesiapa sahaja.
Hutang Kerajaan Malaysia pada hari ini telah mencecah 547 Bilion Ringgit dibawah pemerintahan Dato Seri Najib Razak. ketika beliau mengambil alih jawatan perdana Menteri, Hutang Negara sekitar 288 Bilion Ringgit.  peningkatan secara mendadak ini, amat mengejutkan rakyat.
Kesan daripada Hutang Negara ini rakyat seolah olah ditampar dengan permasalahan ekonomi yang amat menekan rakyat. Kenaikkan harga barang, perbelanjaan isi rumah, kenaikkkan caj perkhidmatan makin kuat mengigit ekonomi rakyat. Angka RM 547 bilion ringgit ini, bukanlah satu angka yg bersifat nombor semata mata, tetapi ia mampu menjerat leher rakyat Malaysia. Hutang negara Malaysia yang berada diparas 53% daripada KDNK negara telah mengusarkan seluruh rakyat Malaysia. Kenyataan  Pakar Ekonomi  Stizight New York, Hutang negara yang berada diparas 55% daripada KDNK Negara akan menyebabakan permasalahan ekonmi yang teruk sehinnga menyebabkan negara dekat dengan Status Muflis.
 Hutang Negara hari ini, Pasti dan Pasti akan menyempitkan Kuasa Beli dan ekonomi rakyat. Maka adalah satu kemestian kepada kerajaan malaysia untuk mencari jalan pulang dalam menyelamatkan keadaan ini dari terus mengigit ekonomi rakyat.

No comments:

Post a Comment