Tuesday, March 26, 2013

Kepimpinan Korupsi!! Makan Diri.

Ramai manusia didunia ini katakan korupsi itu mampu menjahanamkan negara, namun tidak ramai yang sedar, mereka sendiri telah tergolong menjadi asbab berlakunya korupsi.  Dalam hidup aku, definisi korupsi ini pelbagai, namun membawa konsep yang asas iaitu win win situation dianatara dua pihak,, sehingga mampu membutakan mata pihak ketiga..
Aku meletakkan hukuman korupsi bukan sahaja dalam berbentuk wang sogokkan malahan dalam bicara dan tindakan itu juga adalah intiti kepada korupsi.
Keadaan ini menjadikan Politik di Malaysia sebgai satu gadaian kepercayaan yang gagal melahirkan politik sihat dalam Negara.

Perlu untuk kita insafi, sejarah 55tahun, Malaysia merdeka, kita masih gagal meraih kepercayaan penuh rakyat kepada sistem politik Negara kita, Tiada apa yang mampu kita banggakan dan kongsikan kepada anak cucu generasi akan datang, sekiranya landskap politik ini masih bernaung dibawah intiti korupsi.. Kerna kita masih ketinggalan dalam keterbukaan pemikiran utk berkongsi pendapat dan perbezaan demi meraih sebuah kematangan dalam berpolitik.
konsep jatuh menjatuhkan pihak lawan dengan pelbagai propa sensitif bagi aku adalah satu  bentuk nilai negatif yang melemahkan konsep kebersamaan sebagai satu negara dan satu Malaysia. Seharusnya, Kematangan politik itu diraih, apabila kedua dua pihak bersaing dalam agenda membangunkan rakyat dengan berkongsi pandangan terus kepada rakyat. Biar rakyat yang mengadili secara telus, kepimpinan mana yang perlu utk diberi mandat..

Berhubung kembali pada isu kepimpinan korupsi ini, sy andalkan kepada beberapa contoh mudah.
1. kamu sokong saya, kamu jadi calon dan mendapat keistimewaan dalam parti.
2. kamu keluar parti tue, aku bagi kamu kedudukan and pangkat.
3. jangan bongkarkan kepincangan parti pada rakyat. kita fokus untuk menang.
4. cerita je apa kebaikkan yg kita buat dan akn buat, asal rakyat percaya.

ini adalah intiti kepada nilai korupsi melalui perkataan dan tindakan. So, aku simpulakn pendapat peribadi aku ini dengan nasihat.
koreksi diri kita utk kenali peribadi, jangan taksub kepada individu, tetapi berjuanglah kepada yang hak, Ingat. Matlamat tidak pernah menghalalkan cara.

Saturday, March 23, 2013

Mat Rempit, Jiwa TersepiTTT.

 
Sebut sahaja mengenai Mat Rempit, Ramai masyarakat kita menganggap mereka ini sebagai samseng Jalanan dan sampah masyarakat. Presepsi itu ditambah lagi dengan budaya mat rempit yang selalu dikaitkan dengan scandal BOHSIA dan pelbagai benda haram jadah yang layak untuk Mat rempit kerna tidak punyai tamadun. Presepsi dan pandang serong ini akan sentiasa melekat dalam benak pemikiran masyarakat yang skema terutama golongan Lelaki Belah Tengah. ( Gurau Kasar Sikit hehe)
Namun apapun gelaran untuk mat rempit ini, saya suka melihat dari pandang positif, iaitu mereka ingin jadikan rakyat Malaysia agar tidak terlalu stress dengan jiwa kosong, sebaliknya dengan merempit itu jiwa  akan merasai kekbebasan sebenar!!! ( Sudut Pandang Positif kritikal)
tapi dari konsep pendirian aku, Mat rempit tetap bersalah dalam undang undang negara, seharusnya golongan ini tidak perlu menunjukkan aksi aksi hebat mereka , cukup sekadar berimiginasi dan dalam mimpi, kerna aksi mereka itu amat membahayakan penguna jalan raya. Aku percaya, Mat Rempit ini boleh dibentuk dan diubah menjadi golongan yang baik, hanya mereka perlu bimbingan dan dorongan kerna jiwa mereka masih tersepit.. Buat Mat rempit kat sana, gambar diatas itu adalah imiginasi aku untuk menterjemahkan rasa kasihan aku terhadap Kamu. Apapun jalan pulang itu sentiasa terbuka!!!!!

Thursday, March 21, 2013

Pendidikan Percuma Rakyat Hurey!!!



Kalau PM jepun shinzo abe bole bagi pendidikan percuma buat rakyat Malaysia yg belajar dijepun, Mengapa UMNO tdak buka mata utk beri pendidikan percuma di negara Malaysia!!! Najib Razak dan seluruh Kabinetnya masih berdegil untuk tidak memberikan Pendidikan Percuma kepada rakyat dengan alasan Negara akan bankrup dan rakyat akan menjadi malas.
Pada 12 Mac, Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe, Telah memalukan Najib dan kabinetnya dalam barisan Nasional, apabila Shinzo abe telah meluluskan biasiswa percuma kepada setiap pelajar malaysia yang belajar di negara Matahari terbit itu.

Shinzo Abe berkata " Pendidikan Percuma ini diberikan kepada rakyat malaysia kerana negara Jepun  adalah negara yang berkebajikan. Jepun sangat mengasihani dan bersimpati kepada rakyat Malaysia yang tertindas dan ditindas oleh pemimpin mereka.

Kenyataan Shizo Abe ini, disambut baik oleh seluruh rakyat Malaysia, hanya najib dan Kabinetnya sahaja yang berduka cita kerana merasa malu dengan pendidikan Percuma yang diumumkan oleh Shizo Abe. 
Pendidikan Percuma ini bukan lah sesuatu perkara yang mustahil untuk Negara kita, kerana pada masa dahulu juga, Malaysia pernah memberikan pendidikan Percuma buat Rakyatnya. Namun akibat kerakusan Pemimpin, Maka Pendidikan percuma itu dihapuskan dan digantikan dengan PTPTN yang memperdagangkan pendidikan itu demi keuntungan pemimpin.

Jadi, sudah tiba masanya rakyat perlu mendesak keras agar pendidikan Percuma itu dapat dinikmati oleh semua rakayat Malaysia. Pada hemat sy, baik guru sekolah rendah dan menegah, pensyarah UNiversiti dan pimpinan Politik negara perlu mengangkat idea pendidikan percuma ini sebagai matlamat asas dalam pendidikan negara, kerna golongan ini lebih memahami dan dekat dengan pelajar, biar PM Najib, buka mata, kerna golongan buta huruf dinegara kita masih wujud disebabakan tekanan ekonomi. manalah tahu atas desakkan golongan pendidik ini, mampu mencairkan hati keras pemimpin negara kita!!! 

Wednesday, March 20, 2013

"Jajahan Seks Songsang"

Dunia penuh dimensi, menjalar disegenap ruang yang meliputi naluri hati setiap insan.  kebebasan, keseronokan, dan kejahilan itu merupakan satu perangkap besar buat manusia sekiranya tidak di tuntuni dengan fitrah seorang Hamba kepada Pencipta. Lantas jiwa yang gersang akan diisi dengan semangat hubungan jajahan Seks Songsang, yang nyata di kritik oleh setiap yang beragama.

 Aku, merasa terpangil untuk mengupas isu ini secara bersahaja, tatkala malaysia sekali lagi digemparkan dengan Sentuhan Liwat 3 Ketua Pembangkang Negara Dato Seri Anwar Ibrahim, Namun kesahihan cerita liwat ini tidak kemana, kerana ia gagal dibuktikan kepada mata rakyat yang percaya, Bahawa kes liwat 1,2 dan 3 adalah satu konspirasi BN untuk menjatuhkan Ketua Pembangkang tersebut.  Apapun cerita disebaliknya, akan timbul pelbagai presepsi yang mendidik rakyat untuk mengenali apa itu Jajajahan Seks Songsang LGBT?

Kesan dari keterbukaan kerajaan untuk mewar warkan isu LGBT yang mengaitkan Dato Seri Anwar Ibrahim ini, akhirnya mendidik generasi muda yang mempunyai semangat ingin tahu, untuk mengenali apa itu LGBT. Akhirnya generasi muda ini terperangkap dengan keadaan tersebut sehingga mereka sendiri mudah terjebak sebagai pengamal LGBT.

Pengamal LGBT dinegara Malaysia hari ini, sudah berani mencabar perlembagaan negara untuk golongan mereka ini diiktiraf dalam perundangan Malaysia. perkara ini amat merisaukan rakyat, tatkala Pengamal LGBT hari ini lantang bersuara, Kerajaan pula bermain api dengan isu fitnah Liwat yang sedikit sebanyak akan membuka ruang golongan LGBT ini berkembang dalam Negara.
Maka, konklusi mudah, adalah untuk kerajaan bermain bersih dengan isu ini, tanpa perlu mndedahakan video adegan seks itu kepada raqkyat, kerana bahananya amat memberi kesan yang dalam terhadap permasalahan LGBT dinegara kita.
saya kongsikan anda dengan pandanagan ulama tersohor dunia mengenai isu LGBT ini.
Yusof al-Qardhawi di dalam fatwanya mengenai LGBT cukup jelas. Beliau mahu kita semua umat Islam menentang habis-habisan termasuk menggunakan kekuatan terhadap mereka yang menyokong dan mengamalkan LGBT kerana perbuatan ini bertentangan dengan perintah Allah dan Rasul-Nya.
”Mesej yang mahu disampaikan oleh ulama tersohor ini, umat Islam wajib menentang kemungkaran dan kita tidak boleh berkompromi dalam soal melibatkan perbuatan-perbuatan maksiat. Amalan-amalan seumpama ini wajib ditentang hingga ke titisan terakhir,” 


547 Bilion Ringgit," Semakin kuat Mengigit"


Hakikatnya, Hutang merupakan satu liabiliti besar kepada setiap manusia, begitu juga kepada negara, kerna hutang mampu menyebabkan masalah ekonomi kepada sesiapa sahaja.
Hutang Kerajaan Malaysia pada hari ini telah mencecah 547 Bilion Ringgit dibawah pemerintahan Dato Seri Najib Razak. ketika beliau mengambil alih jawatan perdana Menteri, Hutang Negara sekitar 288 Bilion Ringgit.  peningkatan secara mendadak ini, amat mengejutkan rakyat.
Kesan daripada Hutang Negara ini rakyat seolah olah ditampar dengan permasalahan ekonomi yang amat menekan rakyat. Kenaikkan harga barang, perbelanjaan isi rumah, kenaikkkan caj perkhidmatan makin kuat mengigit ekonomi rakyat. Angka RM 547 bilion ringgit ini, bukanlah satu angka yg bersifat nombor semata mata, tetapi ia mampu menjerat leher rakyat Malaysia. Hutang negara Malaysia yang berada diparas 53% daripada KDNK negara telah mengusarkan seluruh rakyat Malaysia. Kenyataan  Pakar Ekonomi  Stizight New York, Hutang negara yang berada diparas 55% daripada KDNK Negara akan menyebabakan permasalahan ekonmi yang teruk sehinnga menyebabkan negara dekat dengan Status Muflis.
 Hutang Negara hari ini, Pasti dan Pasti akan menyempitkan Kuasa Beli dan ekonomi rakyat. Maka adalah satu kemestian kepada kerajaan malaysia untuk mencari jalan pulang dalam menyelamatkan keadaan ini dari terus mengigit ekonomi rakyat.

Rakyat Sombong!!!

Aku kekadang merasa pelik dengan segelintir rakyat Malaysia yang tidak punya pendirian dan merasa cukup selesa dengan apa yang dia ada sehingga mengabaikan tangungjawabnya sebagai ahli masyarakat dalam Malaysia.
Golongan ini layak digelar sebagai "Rakyat Sombong" iaitu mereka yang tidak prihatin terhadap masa depan negara sehingga meletakkan Politik itu sebagai tempat paling Kotor dalam kamus kehidupan Mereka.
Sebenarnya Golongan RS ini adalah punca kepada berlakunya jenayah, rogol, ragut dan korupsi kerana mereka tidak merasa terbeban atau ikut serta untuk menyelesaikan isu ini secara bersama.

Malaysia, meletakkan Kuasa Rakyat sebagai asas Demokrasi dalam Negara. Rakyat diberi hak untuk memilih pemimpin mereka. namun berapa ramai masyarakat kita yang turun untuk menunaikan tangungjawab mereka sebagai pengundi. Persoalan siapa kita tanpa Malaysia itu patut untuk kita renungkan, dan rungkaikan secara berhemah.  Agar kita memahami makna disebalik kemerdekaaan sesebuah negara. Maka, Rakyat Sombong ini, patut disedarkan dengan semangat cerminan kuasa rakyat demi generasi yang akan mewarisi negara Malaysia!!!!!!!!

AKU PENGHASUT MUDA

Penulisan adalah jiwa ku bermula dari bankgu sekolah rendah. Menulis bagai sesuatu benda yg sebati  dalam pen dan buku ku. Menulis hanya untuk mencari expreasi sebenar jiwa ku,, kerna x semua yang ada dalam diriku, mampu ku fahami dalam bentuk memory, hanya dengan cacatan jiwa kuno mampu memahami siapa aku. 
Kini expreasi jiwa ku, ku kongsi bersama pembaca yang suka buzy body pasal keadaan semasa. Blog Media coretanolis ini aku zahirkan melalui singkapan pemahaman dan penglihatan yang kurasa ia sebagai sebab untuk anda membaca Blog Coretanolis ini!!!!

Sebagai Skripsi Bloger, aku harap pembaca hnya menilai kebenaranya dan mempercayai pada apa yang sepatutnya!!! TAPI KEMUNCULAN KU SEBAGAI PENGHASUT MUDA  untuk merubuah  sebuah liabiliti kepada kreadibiliti!!!!