Golongan ini layak digelar sebagai "Rakyat Sombong" iaitu mereka yang tidak prihatin terhadap masa depan negara sehingga meletakkan Politik itu sebagai tempat paling Kotor dalam kamus kehidupan Mereka.
Sebenarnya Golongan RS ini adalah punca kepada berlakunya jenayah, rogol, ragut dan korupsi kerana mereka tidak merasa terbeban atau ikut serta untuk menyelesaikan isu ini secara bersama.
Malaysia, meletakkan Kuasa Rakyat sebagai asas Demokrasi dalam Negara. Rakyat diberi hak untuk memilih pemimpin mereka. namun berapa ramai masyarakat kita yang turun untuk menunaikan tangungjawab mereka sebagai pengundi. Persoalan siapa kita tanpa Malaysia itu patut untuk kita renungkan, dan rungkaikan secara berhemah. Agar kita memahami makna disebalik kemerdekaaan sesebuah negara. Maka, Rakyat Sombong ini, patut disedarkan dengan semangat cerminan kuasa rakyat demi generasi yang akan mewarisi negara Malaysia!!!!!!!!

No comments:
Post a Comment